Begitulah prinsip hati seorang pak sheih..
Sekarang, hatiku sendiri pun sudah berbunga-bunga. Membacakan episod terakhir yang Pak Sheih tulis berkenaan masalah-masalah @ fitnah yang berlaku dalam PMBK, aku akhirnya mengakui secara terbuka bahawa inilah episod perjuangan Pak Sheih yang sebenarnya. Tahniah buat beliau. Terasa mahu limpah telaga airmataku. Ya Allah! Sungguh Kau telah dengar doaku agar dirinya berpandu kepada kebenaran dan kebenaranlah yang telah kutemui daripadanya hari ini.
Seingat aku, dua minggu lepas aku ada tinggalkan komen di kicdefella beliau menyatakan bahawa aku ingin link kan surat terbuka yang ditulis utk DS najib, PM 1Malaysia kita. Kat Facebook pun aku dah draftkan. Namun, last-last tak jadi sebab terkejut mendapat berita yang Pak Sheih 'diberhentikan' kerja. Subhanallah!! Aku just ikut perkembangan Pak Sheih sahaja bermula dari hari beliau berjanji untuk memulakan 'tugas benar' membongkar skandal, hinggalah ke hari bersejarah 'kami' pada hari ini. dan Alhamdulillah, segalanya sempurna dengan izin daripada-NYA.
Aku, pada hakikatnya, amat gembira dengan his true color yang berjaya dipancarkan dengan baik dalam post 'sayang laksamana mati dibunuh' kerana di dalamnya terselit 'permata dicelah-celah kaca.' Antara yang paling membukakan mata hatiku, ayat-ayat ini:
"Ramai yang menasihati saya, Sheih, fikirlah Husam, fikirlah Tok Guru. Saya bertanya semula kenapa tidak Husam dan Tok Guru fikir pasal saya?"
"Kenapa mesti orang-orang kecil yang sentiasa kena berfikir pasal orang-orang besar? Kenapa bukan orang-orang besar yang berfikir tentang insan kerdil? Bukankah orang-orang besar diangkat dan dijunjung untuk membela insan kerdil? Bukankah orang-orang besar dibayar gaji untuk mengambil berat insan kerdil. Oleh itu orang-orang besar fikirlah sendiri."
"Saya tidak pernah berkhidmat dengan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi tetapi saya adalah antara yang lantang menentang kepimpinannya. Bagaimana hendak saya bersubahat dengan kemungkaran yang dahulunya saya tentang? Skala kecil atau besar bukan alasan. Bukankan setiap yang besar bermula dari kecil. Samalah orang-orang besar pun satu ketika dahulu adalah orang-orang kecil."
"Insan-insan kecil telah mengangkat dan meletakkan pemimpin-pemimpin di mana mereka berada sekarang. Janganlah dikhianati insan-insan kecil ini. Itu sahaja permintaan saya."
"Kepada kawan-kawan yang ingin tahu kenapa saya terlalu berminat dengan tulisan dan pembongkaran pak Sheih, biarlah saya beritahu. Tiada apa yang isitmewa dengan insan ini, bahkan beliau hanyalah seorang pekerja yang menagih keringat dari badan sendiri untuk menyara keluarganya. Yang menjadikan dirinya terpilih untuk saya hargai, adalah gerak hatinya yang meletakkan kebenaran serta keadilan untuk dirasai bersama, walau buruk rupa rakyat itu, walau lusuh pakaian yang mereka pakai, walau lapar perut yang mengembung; niatnya hanya satu: kebenaran dan keadilan."
Kerana itu, tomato organik yang diumpamakan oleh Pak Sheih sebagai usaha yang berjaya membuahkan hasil, membuktikan kepada seisi universe bahawa 'dia..insan yang berhati nurani.' Ini sudah cukup buatku memberi penilaian peribadi yang lebih dari lima bintang buat Pak Sheih...
"Terbanglah Pak Sheih, terbang tinggi-tinggi. Patah sayap cuma satu babak dari teater kehidupan. Terbanglah, kerana langit itu amat luas, kerana tiada siapa pun mampu menghalangmu."
[blue words: link to the post at kickdefella]
perMysuri~





